TERKINI : PSS Dibatalkan Hasil Desakan Rakyat Sabah – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Pembatalan cadangan Pas Sementara Sabah (PSS) yang sepatutnya dilaksanakan Jun ini merupakan hasil desakan rakyat Sabah yang menolak dokumen khas untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis Sabtu lalu juga suara rakyat Sabah menolak PSS.

“Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah dan Barisan jemaah Negeri Sabah yang telah membatalkan PSS. “Ia merupakan hasil daripada desakan rakyat Sabah yang merasakan PSS tidak harus dilaksanakan di Sabah.

“Langkah yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Sabah amat dialu-alukan dan menjadi semak dan imbang terhadap kemenangan Datuk Mohamad Alamin di Kimanis.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast