BEIJING – Seramai 56 orang disahkan meninggal dunia di China akibat dijangkiti koronavirus.

Angka terbaharu itu selepas wilayah Hubei melaporoan 13 kematian baharu.

China juga memaklumkan jumlah kes koronavirus yang disahkan setakat ini adalah 1,975 orang.

Shanghai turut melaporkan kematian pertama akibat virus itu, manakala Hubei mengesahkan 323 kes baharu.

Koronavirus kali pertama dikesan di Wuhan, Hubei akhir tahun lalu dan kini merebak di beberapa bandar di China termasuk Beijing.

Presiden China, Xi Jinping dalam mesyuarat khas berkata, negara ini sedang menghadapi situasi sangat serius berikutan virus merebak dengan meluas.

Angka terkini yang dilaporkan pada hari Ahad adalah tempoh 24 jam dan ia menunjukkan pertambahan 15 kes kematian dan 688 kes.

Kes terbaharu turut meliputi Hong Kong, dua di Macao dan tiga di Thailand.

Selain itu beberapa kes turut dikesan di Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand, Vietnam, Nepal, Australia. Malaysia dan terbaharu di Kanada.

Toronto mengisytiharkan kes pertama daripada seorang lelaki berusia 50 tahun yang baru kembali dari Wuhan. – MalaysiaGazette