Gambar hiasan

TEHRAN – Iran telah menghukum mati raja dadah yang mendapat gelaran “Crocodile of the Persian Gulf” dan membongkar kegiatan penyeludupan dadah.

‘Crocodile’ ditahan ketika memindahkan lebih 100 tan dadah di perairan antarabangsa.

Lelaki berusia 36 tahun itu dibunuh bersama rakannya dalam operasi perisikan selama bertahun-tahun.

Iran melaksanakan hukuman bunuh ratusan banduan setiap tahun.

Amnesty International berkata, sekurang-kurangnya 253 orang telah dihukum bunuh pada tahun 2018.

Tetapi jumlah itu merosot 50% berbanding 507 orang yang dibunuh pada tahun sebelumnya.

Penyeludupan dadah boleh dikenakan hukuman mati di Iran.

‘Crocodile‘ dikatakan menerajui dan memimpin rangkaian penyeludupan dadah di Iran dan rantaunya.

Anggota geng lain menerima hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda yang lebih berat, katanya.

Geng itu melakukan penggubahan wang haram dan menggunakan hasil perdagangan dadah untuk membeli harta tanah – yang sebahagiannya telah disita kerajaan.

Mengenai identiti “Crocodile“, pihak berkuasa enggan menyatakan nama sebenarnya – hanya memberikan huruf “AZ” untuk pemimpinnya dan “MH” untuk rakannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast