Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) ketika sambutan Tahun Baru Cina dan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Penutupan taman tema itu, kata Najib, menyebabkan kurangnya tarikan pelancong di negeri Perak, selain ramai yang hilang pekerjaan semasa Gong Xi Fa Cai.

Ini turut membabitkan peniaga-peniaga berdekatan taman tema itu.

“Pelaburan RM500 juta kerajaan negeri juga “burned” (hangus),” kata Najib.

Secara sinis, bekas Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini Ahmad Faizal Azumu membidasnya supaya jangan bimbang tentang pengurusan MAPS kerana kerajaan negeri itu boleh menguruskannya dan lebih baik Najib bimbang tentang masalah yang dihadapinya.

Menurut Najib, beliau sudah memberi amaran tentang perkara itu termasuk menyenaraikan masalah dan impak yang akan berlaku serta cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh taman tema itu demi kerajaan negeri dan industri pelancongan Malaysia.

“Tapi saya dimaki dan disuruh jangan sibuk.

“Suruh saya jangan sibuk kerana PH kononnya bijak dan tahu apa yang mereka sedang buat,” katanya.

Artikel berkaitan: Taman tema MAPS ditutup mulai hari ini

MB Perak minta Najib tidak ‘sibuk’ isu MAPS

Movie Animation Park Studios tidak akan ditutup

Agensi berita Bernama hari ini melaporkan taman tema MAPS , yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, ditutup mulai hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Rezeki pekerja juga tertutup.walau pun ada rezki kat mana2 tp untuk mula kan suatu yg baru dari mula adal lah suatu yg perit….yg dah ada tanggungan amat akan terasa.

Comments are closed.