Sofia Kenin

MELBOURNE – Sofia Kenin berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan Tenis Terbuka Australia semalam.

Dalam aksi separuh akhir di Melbourne Park itu, ratu tenis muda Amerika Syarikat berusia 21 tahun itu menewaskan pemain tuan rumah Australia, Ashleigh Barty.

Ini merupakan final Grand Slam pertama dalam karier Kenin di Terbuka Australia kali ini.

Kenin yang menduduki ranking ke-14 dunia menundukkan Barty straight set 7-6 (8-6) 7-5 dalam aksi penuh sengit itu.

Impian Barty untuk muncul sebagai wanita pertama Australia yang melangkah ke perlawanan akhir dalam sejarah 40 tahun bagaimanapun berkecai.

Kenin akan menentang ratu tenis dari Sepanyol Garbine Muguruza pada aksi final Sabtu ini.

Kenin yang lahir di Rusia berhijrah ke AS ketika bayi lagi teruja selepas keputusan memihak kepadanya pada pukulan akhir.

“Saya terkaku, tidak dapat percaya mara ke final kali ini.

“Ia adalah impian saya sejak usia lima tahun lagi dan segala kerja keras dalam karier akhirnya membuahkan hasil pada hari ini,” kata Kenin dalam nada sebak.

Kali terakhir pemain wanita menjulang gelaran di halaman sendiri adalah menerusi Wendy Turnbull pada 1980 mara ke final.

Maka dengan kekecewaan menerusi Barty, penantian pemain wanita beraksi final dalam Terbuka Australia kekal berterusan lagi.- MalaysiaGazette