TERKINI : Koronavirus : Tiada Sekatan Perjalanan Setakat Ini – Dr Dzulkefly

Sehingga kini tidak ada keperluan menyekat semua penerbangan dari China sehingga wujudnya keperluan yang mendesak, kata Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook bahawa sekatan penerbangan sentiasa dalam kajian dan tindakan diambil nanti mengikut nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).