TERKINI : ‘Penurunan Tol 18%’ PLUS Cari Kaedah Tampung Kerugian RM1 Bilion – Azman Ismail

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) masih lagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan bagi mencari mekanisme terbaik untuk menampung kehilangan pendapatan kira-kira RM1 bilion setahun akibat penurunan kadar tol sebanyak 18 peratus bermula malam tadi.

Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata, PLUS menggunakan banyak pendekatan baharu bagi mengoptimumkan pendapatan tetapi dalam masa yang sama tidak akan berkompromi dari segi kualiti perkhidmatan.

Namun begitu, beliau mengesahkan tiada penstrukturan semula syarikat atau pekerja yang akan dibuat sebagai langkah untuk menampung kehilangan pendapatan yang ditanggung syarikat tersebut akibat kadar terbaharu tol.