Nemanja Matic

MANCHESTER – Pemain senior, Manchester United Nemanja Matic mendedahkan dia ingin kekal bersama kelab itu di sebalik laporan akan meninggalkan Old Trafford musim panas akan datang.

Kontrak Matic di United hanya sah sehingga musim panas akan datang dan dia boleh tamat.

Beberapa laporan menyebut Matic tidak akan bertahan lama di Old Trafford kerana usianya yang 31 tahun selain kurang berdaya saing dengan pemain muda seperti Scott McTominay.

Matic berharap prestasi yang ditunjukkannya akhir-akhir ini dapat menghasilkan sesuatu yang positif untuk kelab menawarkan kontrak baru untuknya jika United masih memerlukan khidmatnya.

“Saya mempunyai kontrak sehingga penghujung musim, saya berada di Carrington setiap hari dan terbuka untuk bercakap jika mereka merasakan saya dapat membantu kelab ini.Jika tidak, kehidupan akan diteruskan”.

“Buat masa ini tidak ada perbincangan(mengenai kontrak baru)tetapi kedudukan saya jelas, saya berasa gembira menjadi sebahagian kelab ini,saya datang ke sini untuk menang dan jika mereka mahu saya bertahan, sudah tentu saya akan memberikan yang terbaik.

Matic juga mengakui ada beberapa kelab yang bertanya mengenai perkara ini namun bekas pemain Chelsea ini mendakwa dia tetap akan mengutamakan Manchester United.

“Saya tidak boleh mengatakan individu yang bertanya tentang saya, tetapi sudah tentu, apabila anda bermain di Manchester United, terdapat banyak kelab yang menginginkan anda, bukan hanya saya, setiap pemain,” katanya.

“Pilihan pertama saya adalah Manchester United, tetapi jika mereka memutuskan sesuatu yang lain maka penyelesaian itu akan selalu ada,” MalaysiaGazette