Kumpulan yang terlibat bawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mula membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan, China dengan menaiki pesawat AirAsia mulai esok.

Kumpulan itu kemudian akan dikuarantinkan selama 14 hari sejurus tiba ke tanah air.

Itu kata kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azizah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat memberi penerangan semua mereka Malaysia yang berada di Wuhan telah diwajibkan menjalani tapisan kesihatan terlebih dahulu mengikut ketetapan kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.

“Setakat ini seramai 132 individu terdiri daripada 108 rakyat Malaysia dan 24 bukan warga negara, mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di China untuk dibawa pulang dari Wuhan.

Pesawat AirAsia menjadualkan penerbangan pada 3 Februari 2020 tetapi ia tertakluk kepada kelulusan kerajaan China. Misi ini juga akan disertai lapan petugas iaitu enam pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang pegawai Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dan seorang pegawai daripada Kementerian Luar Negeri (KLN).

“AirAsia akan menggunakan12 kru digunakan dalam misi ini. AirAsia sudah menetapkan tarikh penerbangan pada esok tertakluk kepada kelulusan Kerajaan China,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut dalam misi itu, pesawat juga akan membawa bantuan keperluan seperti penutup mulut, sarung tangan dan makanan yang tertakluk kepada senarai dipersetujui kerajaan China.

Jelas Wan Azizah, dirinya telah sempat mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan semua pegawai yang akan menyertai misi termasuk kru penerbangan bagi melahirkan rasa penghargaan dengan pengorbanan mereka ini.

“Khususnya keluarga yang terbabit atas pengorbanan mereka membantu membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan. Saya juga menasihati mereka menjaga kebajikan dan kesihatan mereka dan semua yang dibawa pulang.

“Sejurus sampai kelak, sekiranya mempunya simptom akan terus dibawa ke hospital manakala bakinya yang melepasi saringan akan dibawa dengan bas ke Pusat Pemantauan untuk tujuan pemantauan,” ujarnya.

Dalam pada masa sama, Wan Azizah melahirkan rasa berpuas hati dengan semua aturgerak dan persiapan dibuat dengan semua agensi yang terbabit khususnya KKM, AirAsia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM) dan NADMA.

“Marilah kita mendoakan misi ini berjalan lancar dan semua yang dibawa pulang dari Wuhan serta pasukan misi dan kru terbabit selamat,” kata beliau. –MalaysiaGazette