Lewis Hamilton

LONDON – Lewis Hamilton masih belum membincangkan mengenai kontrak baharunya bersama pasukan Formula Satu (F1) Mercedes bagi tahun ini.

Kontrak Juara dunia enam kali itu akan tamat akhir musim ini dan Ferrari pada masa yang sama mengakui mengadakan perbincangan dengan Briton.

Hamilton dalam akaun Instagramnya berkata dia dan Bos F1 Mercedes Toto Wolff belum duduk bersama membincangkan mengenai kontrak baharu.

“Setakat ini belum ada perbincangan mengenai kontrak baharu,” katanya secara ringkas.

Pelumba kelahiran Britain itu berkata demikian sebagai mengulas laporan mendakwa rundingannya menyambung kontrak baharu bersama Mercedes gagal mencapai kata sepakat.

Hamilton sebagai mengulas laporan di Itali yang mendakwa bahawa rundingan kontrak baharunya gagal disebabkan Mercedes tidak bersetuju dengan tuntutannya dan media sengaja menokok tambah cerita mengenainya.

Pelumba berusia 35 tahun itu masih bercuti dan memuat naik beberapa video mengenai sesi latihan dan meluangkan masa bersama bapanya Anthony di sebuah pulau tropika dalam media sosial peribadinya. – MalaysiaGazette