Deretan pesawat Air Asia di klia2, Sepang. foto MALAYSIA GAZETTE

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan menilai sama ada dua individu yang mempunyai hubungan syarikat penerbangan AirAsia dan AirAsia X melanggar sebarang Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (aKTA 771) dan garis panduan suruhanjaya itu

Menurut Mavcom, AirAsia dan AirAsia x merupakan pemegang lesen perkhidmatan udara yang dikeluarkannya dan individu-individu utama syarikat penerbangan itu tertakluk kepada Akta 771 dan garis panduan suruhanjaya tersebut.

“Dakwaan itu menyentuh perundangan pelbagai agensi di Malaysia dan oleh itu, suruhanjaya ini akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan dalam perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Sabtu lalu, Airbus didakwa telah merasuah pegawai-pegawai AirAsia dan AirAsia X sebanyak AS$50 juta (kira-kira RM204.8 juta) bagi mendapatkan kontrak untuk membekalkan pesawat kepada syarikat penerbangan tambang murah itu.

Menurut laporan theedgemarkets.com, dana tersebut digunakan untuk menaja sebuah pasukan sukan yang tidak dinamakan.

Airbus didakwa rasuah eksekutif AirAsia, AirAsia X