Sebanyak 412 pembantu guru (Gred N19) di Melaka dan Kedah yang dikenali sebagai PT Rintis bakal terjejas apabila jawatan tersebut akan ditamatkan berkuat kuasa 30 Jun ini.
Sebanyak 412 pembantu guru (Gred N19) di Melaka dan Kedah yang dikenali sebagai PT Rintis bakal terjejas apabila jawatan tersebut akan ditamatkan berkuat kuasa 30 Jun ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran agar mewujudkan kelas-kelas intensif Bahasa Inggeris secara percuma kepada rakyat, terutamanya golongan yang tidak mempunyai asas pendidikan tinggi dan pekerja bidang kemahiran, serta mereka yang bekerja di luar bandar.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan hari ini berkata, saranan itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pekerja dalam kalangan rakyat.

“Pihak NUTP merayu kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk mempertimbangkan cadangan ini, demi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia.

“Impak program seumpama ini perlu diukur dan dikaji, demi melonjakkan masa hadapan ekonomi negara,” katanya.

Tan berkata, Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan, dengan kepesatan teknologi moden. – Bernama