Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (dua kiri) bercakap pada sidang media berkenaan perkembangan terkini Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Kementerian Kesihatan Malaysia, Tasik Perdana, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 FEBRUARI 2020.

PUTRAJAYA – Dua lagi rakyat Malaysia disahkan positif wabak koronavirus selepas dibawa pulang dari China pada Selasa 4 Februari lalu.

Kedua-dua mereka merupakan bapa dan anak yang masing masing-masing berusia 45 dan sembilan tahun yang semasa saringannya tidak menunjukkan simptom sebelum disahkan positif hari ini.

Mereka adalah sebahagian 107 individu yang dibawa pulang ke tanah air melalui misi kemanusiaan yang mana selebihnya 105 orang hasil negatif koronavirus setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kedua-dua mereka kini sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan berada dalam keadaan stabil.

“Dengan pertambahan dua kes baharu ini, jumlah kumulatif kes koronavirus yang dilaporkan sehingga 10 pagi hari ini ialah sebanyak 12 kes iaitu lima kes dalam kalangan kes pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan koronavirus.

“Lima lagi kes adalah dikesan dalam kalangan kontak rapat dan dua kes dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan misi bantuan kemanusiaan.

“Daripada jumlah tersebut, sembilan kes adalah warga negara China dan tiga warga Malaysia,” katanya dalam sidang media perkembangan semasa kes koronavirus hari ini.

Tambah Dzulkefly, untuk makluman juga dua kes bergejala yang dikesan dari saringan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur semalam telah disahkan negatif.

Manakala katanya, jumlah kumulatif kes PUI jangkitan 2019-nCoV dariada 10 Januari hingga 5 februari 2020 jam 10 pagi adalah seramai 257 orang yang mana 161 adalah rakyat Malaysia, manakala 91 warga China, seorang masing-masing satu warga Australia, Republik Korea, Jordan, Brazil dan Thailand.

“Daripada 257 orang juga lima kes disahkan positif, 235 adalah negatif daj 17 kes masih menunggu keputusan makmal.

“Justeru setakat 5 Februari 2020 juga sebanyak 25 kontak rapat yang baharu kepada kes koronavirus dilaporkan manakala jumlah kumulatif kontak rapat yang dilaporkan segingga hari ini adalah seramai 61 orang iaitu lima disahkan positif manakala 56 adalah negatif,” katanya lagi.

Dzulkefly juga menjelaskan bersama 107 orang yang dibawa pulang semalam, 26 orang lagi petugas pasukan perubatan, NADMA, Kementerian Luar, 12 anak kapal dan 6 pegawai kedutaan Besar Malaysia yang kesemuanya 133 orang telah menjalani saringan kesihatan semasa masuk.

“Sampel klinikal telah diambil daripada kesemua 133 orang untuk pengesanan jangkitan dan hasilnya dua dikesan positif manakala 131 adalah negatif dan kesemua mereka menjalani pemantauan selama 14 hari,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama beliau turut mengesahkan seorang gadis berusia 17 tahun dari Kanada dikejarkan ke HKL selepas disyaki pengsan akibat gejala yang sama di Pusat Perubatan Menara Berkembar (TTMC) pagi tadi.

Dzulkefly juga menegaskan keupayaan makmal ujian pengesanan dan pengesahan koronavirus yang hanya terhad kepda Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh kini dimudahkan dengan penambahan 12 makmal hospital dan empat makmal kesihatan awam dari seluruh negara yang dilatih pihak IMR baru-baru ini dengan mengguna pakai protokol yang digariskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dalam kes sama katanya, seramai 74 orang kontak rapat telah dikenalpasti dan 35 daripadanya sudah dikesan dan sampel makmal sudah diambil.

Mmereka dan kini diletakkan dibawah pemantauan di rumah masing-masing dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas ini, katanya.

“Kesemua yang diletakkan di pusat pemantauan akan dipantau secara rapat dan sekirnaya dikesan positif akan dirujuk ke hospital dengan segera.

“Kontak home survailance ini diletakkan dalam bilik khas dan juga tidak dibenarkan keluar rumah serta setiap interaksi mereka denhgan pihak luar dipantau setiap masa,” ujarnya.

Ditanya lagi potensi dan kebarangkalian kanak-kanak warga China di Langkawi yang disahkan pulih untuk dijangkiti semula, Dzulkefly menjelaskan tiada sebarang ubat khas diberikan untuk sembuh dan virus itu tidak lagi dikesan dalam badannya.

“Kini kanak-kanak itu sedang diatur oleh Kedutaan China dalam perancangan untuk dihantar pulang, saya sendiri juga bercakap dengan rakan sejawatanya di China untuk terus mengambil langkah terbaik demi kedua dua negara begitu juga negara negara lain,” tegasnya.-MalaysiaGazette