Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

KUALA LUMPUR – Presiden tidak ada kuasa mutlak memutuskan sebarang kerjasama politik dan ia harus melalui Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Ahli MT UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, UMNO tidak pernah menawarkan diri untuk menyertai kerajaan.

“Apa yang berlaku sekarang ialah ada cadangan dari pihak lain untuk UMNO/BN dan Pas menyertai satu bentuk kerajaan baharu bersama parti-parti lain kecuali DAP dan PKR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma apa yang berlaku akibat tindakan terburu-buru seorang ahli MT UMNO yang ‘menyerang’ Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Tuduhan-tuduhan yang dibuat seperti presiden bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyelamatkan diri dari kes mahkamah sangat biadap dan tidak berhati perut,” katanya lagi.

Mengenai kenapa cadangan kerajaan baharu ini timbul, Razlan berpendapat mungkin kerana keengganan Mahathir menyerah kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didokong kuat oleh DAP.

“Khabarnya Tun Mahathir juga sudah muak dengan permainan DAP dan Hindraf yang cuba mengurangkan keberadaan karekter Islam dan Melayu dalam kerajaan.

“Bagi pihak UMNO dan Pas kita merasakan kerajaan PH sudah terlalu jauh dari kepentingan Islam dan Melayu,” ujarnya.

Justeru apabila ada tawaran atau perundingan bagi membentuk kerajaan yang dapat menjaga kebajikan dan kepentingan Islam, Melayu dan rakyat bawahan, UMNO perlu mempertimbangkan dengan teliti.

“Kita tidak mahu dituduh menolak peluang memulihkan negara ini dan membantu rakyat di bawah.

“Jika ego dan kepentingan diri yang menjadi pertaruhan lebih baik kita menunggu pilihan raya. Dalam pilihan raya umum lebih banyak tempat untuk wakil UMNO dan lebih banyak ruang menjadi wakil rakyat,” katanya.

Namun pertimbangan itu harus yang terakhir bukan yang pertama kerana yang pertama ialah perjuangan memulihkan negara ini.

Satu lagi, katanya, apa-apa keputusan menyertai kerajaan atau tidak akan turut dibuat bersama Pas dan tidak ada soal ia akan membelakangi Muafakat Nasional.

“Pas sendiri telah beberapa kali berjumpa dengan Tun Mahathir, dan mereka tidak pernah melahirkan apa-apa bantahan mengenai kemungkinan sebarang perbincangan pihak UMNO dengan Mahathir.

“Justeru tuduhan UMNO telah khianat Pas adalah tidak benar sama sekali malah UMNO dan Pas sentiasa berkomunikasi untuk memastikan kepentingan ummah terjaga dalam keadaan negara di kuasai oleh puak liberalis, DAP dan Hindraf.

“Namun jika kita buat keputusan menerima pelawaan kita juga ada kuasa meninggalkan kerajaan ini jika tidak mampu membuat perubahan atau bila Tun Mahathir mungkir janji,” katanya.

Misalnya, kata Razlan, apabila UMNO menyertai kerajaan dan mendapati janji perubahan yang hendak dibuat dihalang oleh Perdana Menteri atau mana-mana kelompok maka UMNO boleh sahaja meninggalkan kerjasama ini dan bergerak secara sendiri kembali.

Sebahagian ahli UMNO mungkin agak emosional memikirkan apa yang telah Tun kata kepada kita namun saya percaya majoriti orang Melayu/Islam mahu melihat kerajaan ini kembali dikuasai oleh kumpulan yang boleh dipercayai mereka, katanya.

“Majoriti orang Melayu melihat kepentingan agama dan bangsa lebih penting dari pertelingkahan antara proksi dan puak dan UMNO tidak mahu dituduh pengkhianat agenda Islam dan Melayu kerana sebuah ego.

“UMNO tidak terkejar jawatan, namun UMNO juga tidak mahu dipersalahkan jika kedudukan agama dan bangsa terjejas ketika ada peluang membuat perubahan segera.

“Apa pun biarlah MT UMNO berbincang dan mendengar dengan teliti pelawaan yang dikemukakan. In Sha Allah kita akan turun ke bawah menjelaskan apa sahaaj keputusan yang dbuat,” katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Pendapat saya Usah lah termakan dgn kata2licik TUN,sbb Tun lah UMNO tersungkur,dan sebab TUN lah org melayu berpecah,
    Kenapa baru Skrg Kononnya Nak selamat org Melayu, nk Selamatkan Agamalah,Negara lah,KENAPA masa TUN nak Tubuhkan Parti PPBM dan bergabung dgn PAKATAN HARAPAN TUN tak fikir pasal nasib org MELAYU,AGAMA NEGARA,,KENAPA SAAT2 UMNO DAH HAMPIR PULIH Dan RAKYAT BANGKIT timbul pulak penyatuan Pakatan NASIONAL……MASA TUN HINA CACI UMNO,DAN TUN CKP UMNO DAH MATI TIADA SIAPA Berani bersuara Kecuali BOSSKU dan DLNA
    Sy menulis ni bukan krn Emosi, tapi sebagai akar umbi penat kami lawan dan tangkis segala tohmahan2 dr pihak sebelah ,UMNO jer RASUAH,DAN MCM2 LAGI

  2. Yg terbaik , klu mahathir ikhlas nk tolong n nak naik kn kuasa bngsa mlayu, bubar lh parlimen, itu shja jln terbaik utk.mahathir slmtkn maruah bngsa mlyu drpd di khianati olh anjing2 dap laknatullah..

  3. Pembubaran parlimen adalah jln terbaik bagi menyelamatkan bangsa Melayu yg telah berpecah belah kerana terpengaruh dengan janji janji PH,biar rakyat yg menentukan siapa yg akan menerajui kepimpinan negara.

  4. Kalau kerjaan melayu di tubuhkan dgn cara konspirasi suatu yg tidak baik kpd negara menjadi preceden yg dangat jijik utk masa depan ,lebeh baik dgn jln bubar parlemen dan ada kan pilihanraya baru

Comments are closed.