MOSCOW – Pesawat penumpang yang membawa 172 penumpang dari Tehran ke Damsyik membuat pendaratan kecemasan di Pangkalan Udara Hmeimim yang dikawal Rusia di Syria pada hari Khamis untuk mengelakkan tembakan dari pangkalan tentera udara Syria, kata Rusia.

Tentera Syria bertindak balas terhadap serangan Israel, jurucakap Kementerian Pertahanan Igor Konashenkov yang dipetik sebagai berkata oleh Interfax dan agensi Rusia lain.

Insiden itu berlaku sebulan selepas pesawat penumpang Ukraine International Airlines jatuh selepas berlepas dari Tehran, membunuh 176 orang.

Kementerian Pertahanan Syria berkata, ia telah memintas peluru berpandu Israel ke atas Damsyik yang mensasarkan pangkalan tentera di selatan Syria.

Israel enggan mengulas insiden itu,

Airbus A320 yang dalam persediaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik terpaksa berpindah ke lapangan terbang alternatif terdekat di Pangkalan Udara Hmeimim berhampiran Latakia di barat laut Syria, yang dikendalikan oleh tentera Rusia.

Konashenkov tidak menamakan syarikat penerbangan itu.

Tetapi data dari radar penerbangan menunjukkan penerbangan berkenaan dari bandar Najaf, Iraq telah dialihkan dari Damsyik ke arah Hmeimim.

Ia membabitkan pesawat Syam, Cham Wings tetapi syarikat penerbangan itu tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan.

Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas Cham Wings pada 2016 kerana didakwa mengangkut pemberontak ke Syria untuk menyokong Presiden Bashir al-Assad dan untuk membantu perisik tentera mengangkut senjata dan peralatan pengangkutan.

Penerbangan tersebut tidak muncul di mana-mana lapangan terbang atau jadual waktu penerbangan dan terbang sama ada Damsyik atau Latakia, yang mana Rusia mempunyai pangkalan tentera.

Pesawat Cham Wings telah membawa Jeneral Iran, Qassem Soleimani dari Damsyik ke Baghdad sejurus sebelum komander tentera itu dibunuh oleh Amerika Syarikat dalam serangan dron pada Januari lalu.

Israel telah berulang kali mengebom sasaran pemberontak yang disokong Iran di Syria, dengan mengatakan matlamatnya adalah untuk menamatkan ketenteraan Tehran di negara ini, yang telah terlibat dalam perang saudara sejak tahun 2011.- MalaysiaGazette