Dr. Ting Tiong Choon

KUALA LUMPUR – Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang mewakili DAP.

Akhbar Borneo Post berkata, keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan kerusi kepada  Tiong Choon sebagai ADUN Pujut diketepikan dalam keputusan majoriti tujuh berbanding dua hari ini.

Kelayakan Tiong Choon dibatalkan pada 12 Mei 2017 selepas usul kerakyatannya dibentangkan di Dewan Undangan Sarawak (DUN).

Artikel berkaitan: PRK Pujut: SPR tunggu surat dari Speaker DUN Sarawak

Guan Eng terkejut lucut jawatan ADUN Pujut, bawa ke mahkamah

Boleh cabar di mahkamah, tetapi peluang tipis – Wan Junaidi

Dua warganegara: DAP buat semua boleh, orang lain tidak

Miliki dua warganegara, pembangkang dikecam tak setia kepada negara

SPR tetapkan 4 Julai PRK DUN Pujut

ADUN Pujut: SPR akur keputusan mahkamah

TalentCorp tidak bawa pulang Dr. Ting

DUN Sarawak lucutkan kelayakan wakil rakyat DAP Dr Ting Tiong Choon

Dr Ting Tiong Choon kekal ADUN Pujut, tiada keperluan PRK

Beliau didakwa mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia.

Dalam keputusan itu, Mahkamah Persekutuan mendapati DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Tiong Choon sebagai ADUN kerana mempunyai dua kewarganegaraan meskipun beliau telah melepaskannya sebelum bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, Tiong Choon memenangi pertandingan empat penjuru di DUN Pujut dengan majoriti 1,759 undi, menewaskan Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (Pas dan Fong Pau Teck (Bebas). – MalaysiaGazette