Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB
berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Lembaga Getah Malaysia berkata, pada bulan Januari 2020, harga purata peringkat ladang bagi cuplump
adalah sebanyak RM2.25 sekilogram di Semenanjung, Sabah (RM 1.95) dan Sarawak (RM 2.05).

Menurutnya, IPG teraktif bagi bulan Januari 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran di Semenanjung RM 0.25 sekilogram, Sabah (RM 0.55) dan Sarawak (RM 0.45).

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Januari 2020 mulai 1 hingga 29 Februari 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast