Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata  Pas akan gagal jika parti itu membawa usul undi percaya terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Annuar Musa mencabar Presiden PKR itu membawa usul tersebut.

Setiausaha Agung UMNO itu mencadangkan agar Ahli Parlimen Port Dickson itu melakukannya dengan segera.

“Ada sedikit kebenaran kalau DSAI berkata janggal usul sokong PM datang dari pembangkang,” katanya dalam akaun Twitter.

Berikutan itu, tambah Annuar, bagi mengelak kejanggalan itu, beliau mencadangkan Anwar membawa usul percaya terhadap Dr. Mahathir untuk meneruskan mandat memimpin negara pada saat mencabar ini.

Semalam Anwar berkata, usul sokongan Dr. Mahathir merupakan usaha untuk memecahkan Pakatan Harapan (PH) dan sekiranya Pas membawa usul itu ke Parlimen ia akan menemui kegagalan.

Pada Sabtu lalu, Pas menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, langkah itu perlu dalam menangani kemelut peralihan kuasa membabitkan Dr. Mahathir, yang dikatakan akan ‘mengganggu kestabilan politik dan ekonomi’

Kata Annuar, tindakan membawa usul tersebut ke Parlimen akan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi PH. – Malaysiagazette

Usul sokong PM akan gagal – Anwar Ibrahim

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast