Enjin baharu Ferrari SF1000 dilancarkan oleh Skuderia Itali semalam.

MILAN – Ferrari semalam melancarkan secara rasmi enjin baharu Formula 1 bagi musim 2020.

Reka bentuk enjin Ferrari kali ini yang disifatkan lebih bersifat ekstrem akan bersaing untuk gelaran dunia musim ini.

Musim lalu pasukan Skuderia dari Itali itu bergelut untuk bersaing dengan Mercedes apabila hanya menang tiga perlumbaan.

Ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto bagaimanapun berharap enjin baharu yang diperkenalkan itu dapat menyangi perlumbaan musim ini bersama Mercedes.

“Mungkin ia (enjin Ferarri) kelihatan sama seperti musim lalu, tapi sangat berbeza.

“Kami telah melakukan beberapa penambahbaikan pada konsep enjin berkenaan untuk mendapatkan aksi maksimum aerodinamik di atas litar perlumbaan nanti,” katanya.

Kata Binotto, enjin baharu Ferrari dikenali sebagai SF1000.

Model SF1000 adalah sebagai tanda sambutan Grand Prix ke-1000 untuk Ferrari musim ini.

Pasukan itu akan diketuai dua pelumba handalan iaitu Sebastian Vettel dan Leclerc.

Musim lalu Ferrari menamatkan saingan kejuaraan dunia sebagai naib juara di belakang Mercedes.-MalaysiaGazette