KUALA LUMPUR – Kata-kata Kau Adik Aku Yang Hebat masih terngiang di telinga Ali sebaik sahaja kumpulan Puteh dinobatkan juara Maharaja Lawak Mega 2019.

Kata-kata itu datang daripada abangnya Syed Umar Mukhtar Syed Ridzuan yang lebih popular dengan nama Abam.

Berkongsi kesedihan, Ali yang tidak dapat menahan air mata mengimbau bagaimana abangnya itu memeluknya erat sambil melafazkan kata-kata tersebut.

Bagi Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, perjalanan hidupnya bersama Abam dan keluarga amat berliku.

Selepas bapanya meninggal dunia, mereka dihimpit kesusahan sehingga ke satu peringkat iaitu pada tahun 2010, dia dan Allahyarham serta ibu dan adiknya makan nasi berlaukkan garam.

Abam meninggal dunia semalam selepas mengalami demam dan sakit kepala. – MalaysiaGazette