Saksi, Datuk Seri Anifah Aman hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 13 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi hari ini bahawa mantan Raja Arab, Almarhum Raja Abdullah merupakan seorang penyokong kuat Datuk Seri Najib Razak.

Anifah yang tampil sebagai saksi pembelaan perbicaraan SRC International Sdn Bhd yang sudah masuk hari ke-80 hari ini menyatakan perkara itu ketika membaca keterangan saksinya di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Malah kata Anifah, Raja Abdullah sememangya seorang yang begitu kagum dengan cara bekas perdana menteri menerajui negara sehingga menawarkan sumbangan derma bagi kegunaan politik Najib.

“Raja Abdullah mahu memberikan sumbangan derma kepada Najib kerana beliau kagum melihat cara negara ini diterajui dalam kesederhanaan.

“Sumbangan itu juga diberikan kerana mahu membantu mengekalkan kestabilan sedia ada terutamanya dengan mengekang pengaruh ekstremisme yang tidak baik dari luar.

“Pada masa sama, Raja Abdullah juga mendapat tahu Malaysia bakal berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam tempoh kurang dari tiga tahun ketika mesyuarat itu diadakan,” kata beliau dalam keterangan saksi itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Almarhum Raja Abdullah sangat kagum cara Najib tadbir negara berbilang bangsa

Anifah juga menceritakan bagaimana akrab hubungan Raja Abdullah dan Najib sehingga ada satu ketika apabila Najib begitu terpesona melihat sebuah lukisan yang mempamerkan kuda jantan Arab di laluan keluar Istana di Riyadh.

Raja Abdullah yang menyedari keterujaan itu dengan segera menawarkan seekor kuda Arab kepada Najib.

“Raja Abdullah mengambil maklum pujian itu dan menawarkan kepada Najib salah seekor kuda Arab jantan yang dimilikinya. Namun begitu, Najib telah menolaknya dengan sopan sambil menyatakan beliau tidak pandai menunggang kuda,” kata Anifah.

“Apa yang saya lihat di situ, tawaran seperti itu sudah menunjukkan betapa hubungan mereka sangat rapat malah saya boleh katakan mereka sudah umpama ‘anak dan bapa’ bagi bertemu apatah sering berpegang tangan dengan begitu erat,” ujarnya.

Najib ketika ini sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International yang terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dengan dana SRC. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Raja Abdullah pegang tangan Najib sambil berjalan – Jamil Khir

2 Komen

  1. Tu lah pasal org TUA tu cemburu jadi buat lah cerita fintah jatuhkan DSN.biasa lah org hujung2 nyawa ni kuat merajuk dan terasa hati.

  2. Bangsa simetik ni kalau baik mereka memang terlalu baik atau sebaliknya.

    Lihatlah berapa banyak yang dibelanjakan dalam membangunkan masjid tersuci umat Islam, Masjidil haram. Meyediakan kemudahan memproses/packaging air zam2 tanpa membuat sesen pun keuntungan!

Comments are closed.