Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatatkan dua lagi kes jangkitan baru Covid-19 dengan kedua-duanya ialah warga China.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, ia menjadikan keseluruhan 21 kes disahkan setakat ini yang terdiri daripada lima warga tempatan dan 15 rakyat China.

Pesakit ke-20 terbabit ialah lelaki warga China yang dikesan mempunyai simptom itu melalui saringan kesihatan di pintu masuk Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.

Beliau berkata, sampel klinik mengesahkan ahli perniagaan berusia 27 tahun itu positif Covid-19 pagi tadi dan kini beliau dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Menurutnya, kes ke-21 ialah wanita warga China berusia 32 tahun yang menetap di Malaysia.

“Beliau telah pulang ke China melawat keluarga pada 22 hingga 30 Januari lalu,” katanya pada sidang media hari ini.- MalaysiaGazette