Sebahagian pekerja asing yang berada di sekitar melihat keadaan berikutan bangunan kondominium yang sedang dalam pembinaan runtuh di Taman Desa Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR -Insiden struktur kondominium dalam pembinaan yang runtuh di Taman Desa di sini tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (NIOSH) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa menyiasat dan mengenalpasti punca kejadian.

“Pihak majikan dan pekerja mempunyai tanggungjawab di dalam memastikan tempat kerja selamat dan sihat, keperluan prosedur kerja selamat serta kualiti bahan yang digunakan di dalam pembinaan antara faktor yang boleh mengakibatkan kecelakaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

NIOSH percaya pihak berkuasa seperti CIDB dan JKKP akan memastikan siasatan dan tindakan tegas diambil kepada mana-mana pihak yang didapati cuai dan bersalah dalam insiden yang sama.

“Semoga kejadian seperti itu tidak berulang,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sebahagian kondomunium dalam pembinaan di Taman Desa runtuh – Bomba