Klopp bersimpati dengan nasib man City dan Pep yang digantung dia tahun oleh UEFA

LONDON – Jurgen Klopp menyatakan rasa terkejut dan bersimpati terhadap nasib malang yang menimpa Pep Guardiola  dan pasukannya Manchester City pada Jumaat lalu.

Pengurus Liverpool itu berkata, beliau terkejut besar seolah-olah tidak dapat percaya dengan tindakan sadis Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) yang telah menggantung pasukan itu daripada segala aktiviti dan kejohanan bola sepak Eropah selama dua tahun.

Hukuman itu menyusul selepas pasukan England itu didapati bersalah melanggar Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang ditetapkan UEFA.

“Saya terkejut apabila mendengar berita itu. Buat masa ini saya dapat membayangkan betapa sukar untuk Pep dan pasukannya melalui situasi menyedihkan ini.

“Saya tidak ada idea bagaimana ia boleh terjadi, namun apa yang saya boleh katakan adalah Man City bawah Pep mempamerkan aksi bola sepak yang sensasi dan menghiburkan.

“Saya sentiasa tertarik dengan persembahan mereka di atas padang.

“Secara ikhlas, saya sangat bersimpati untuk Pep dan pemainnya kerana apa yang mereka lakukan selama ini tak salahpun.. mereka hanya bermain bola sepak untuk peminat,” katanya.

Manakala menjelang pertemuan kalah mati pertama Liga Juara Juara Eropah menentang Man City di Bernabeu pada 26 Februari ini, Pengurus Real Madrid, Zinadine Zidane berkata, tahap motivasi Man City akan lebih besar dan agresif ekoran situasi menyedihkan yang sedang dilalui mereka saat ini.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 17 Mac ini di Stadium Etihad.

“Mereka akan menjadi lawan yang sangat kuat apabila berkunjung ke Bernabeu nanti.

“Jika melihat  apa yang terjadi kepada mereka tiga hari lalu, tahap motivasi mereka akan semakin besar, ujarnya. – MalaysiaGazette