Kajendran Doraisamy

KUALA LUMPUR – Jika satu ketika dahulu, antara punca mengapa masyarakat India mula ‘berpaling tadah’ dan berhenti menyokong Barisan Nasional (BN) kerana  isu perobohan kuil-kuil

Malah ramai yang masih lagi ingat insiden perobohan kuil Sri Mariamman di Padang Jawa pada November 2007 sehingga menyebabkan kebangkitan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf).

Kebangkitan Hindraf yang satu ketika dulu menyebabkan ramai masyarakat India termakan provokasi kononnya komuniti telah teraniaya sejak sekian sehingga menyebabkan kekalahan besar untuk MIC sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lagi.

Antara pemimpin yang ‘bergolek’ di jalan raya bersama-sama di jalanan sambil melaungkan rasa tidak puas hati terhadap perobohan itu termasuk P. Waytha Moorthy yang kini sudah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Waytha
P. Waytha Moorthy

Tetapi pelik sekali apabila kini ada insiden berkaitan perobohan rumah ibadat lagi-lagi di lakukan di bawah kerajaan PH, Waytha dan beberapa pemimpin India lain dalam PH langsung tidak berbunyi.

Itulah luahan kecewa Kordinator MIC Parlimen Kota Raja merangkap Ketua Pemuda MIC Kota Raja, Kajendran Doraisamy berikutan satu lagi perobohan kuil Sri Marimuthu Nagamal, di Bandar Botanic sebentar tadi.

Kajendran bersama pimpinan MIC serta jawatankuasa kuil cuba berunding dengan pegawai dari Pejabat Tanah Klang.

Kata beliau, pemimpin India dalam PH perlu tampil menyelesaikan isu-isu seperti itu apatah lagi kini sudah mempunyai kuasa sepenuhnya lagi-lagi bergelar menteri dan timbalan menteri.

“Dulu, mana sahaja ada isu roboh rumah ibadat seperti kuil yang pertama sekali membuat provokasi tanpa usul siasat, mengapi-apikan masyarakat India adalah pemimpin Hindraf. Sekarang apa cerita, sudah terkuburkah?

“Mengapa sekarang, kamu bukan berdiam diri sahaja? Kamu sibuk dengan isu-isu lain, paling utama ialah dengan menuding jari kerajaan terdahulu terutamanya MIC. Sekarang, apa kerajaan kamu buat?

“Adakah kini kuasa menteri sudah ada jadi tiada keperluan untuk langsung endah dengan keperluan serta kebajikan masyarakat India? Begitu?

“Jangan risau wahai menteri, walaupun MIC tidak ada kuasa seperti kamu sekarang tapi kami akan teruskan perjuangan kami, bukan untuk hari ini sahaja bukan sejak kalah PRU tetapi sejak lebih 70 tahun lamanya. Dengan kepimpinan Tan Sri SA Vigneswaran, MIC tidak akan gentar untuk bersuara.

“Sudah-sudahlah kamu, apabila ada kuasa, semuanya sudah dilupakan begitu sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Bercakap tentang perobohoan kuil, dakwa Kajendran Kuil Mariamman itu sudah wujud sejak 40 tahun lamanya namun isu perobohan itu bukan satu isu baharu.

“Sememangnya kuil dan kandang lembu telah diberikan tanah lain namun ia masih dalam peringkat perbincangan lagi, belum ada keputusan muktamad. Jawatankuasa kuil juga masih dalam keadaan tidak pasti lagi.

“Pagi ini Pejabat Tanah Klang telah memutuskan untuk merobohkan kuil serta kawasan persekitarnnya seperti kandang lembu, kami cuba mengadakan perbincangan bagi memberi tempoh masa lagi namun mereka mula merobohkan struktur kawasan.

“Kata dua kemudian diberikan kepada jawatankuasa kuil dengan memberikan tempoh tujuh hari untuk mengalihkan patung dewa dalam kuil tersebut.

“Alangkah baiknya jika kita ada pemimpin India PH yang boleh bersuara membantu warga kuil ini,” ujarnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Ini satu lg masalh puak2 ni..buat yokong dlm tanah org..lpas tu buat mcn hak sendiri..hai klu rasa nk buat apa2, buat dlm tanah sendiri, tak myusahkn org lain ya…

  2. Tu pasal org inggeris dulu sumbat kaum-kaum manggis ni dlm estet… Nak buat apa pun boleh asal dlm estet… 🙂

  3. Eloklah dirobohkan mana2 struktur yang dibina secara illegal @tidak sah ditanah2 kerajaan.

    Di Kedah misalnya banyak struktur rumah chalet dirobohkan kerana dibina diatas tanah kerajaan.

    Diharap kerja2 perobohan semua struktur2 yang dibina secara haram dapat diperluaskan KESEMUA NEGERI!!!

Comments are closed.