TERKINI : ‘Plan B’ SEDIH!! Lepas Jadi Kerajaan Pun Rancang Nak Turun ke Jalan – Zuraida Kamaruddin

AMPANG – “Sedih untuk saya katakan dan sedih untuk saya melihat mereka sudah jadi kerajaan memerintah pun masih hendak memilih turun ke jalan semula”.

Demikian reaksi Naib Presiden PKR Zuriada Kamaruddin ketika ditanya mengenai komen seorang Ahli parlimen PKR yang memberi bayangan bahawa gerakan reformasi dan demonstrasi jalan raya akan berulang lagi sekiranya pelan peralihan kuasa antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tidak berlaku seperti yang dijanjikan.

Beliau bagaimanapun berkata, mereka boleh bebas melakukan apa sahaja memandangkan ini merupakan dunia demokrasi yang tidak menyekat hak mana mana individu.

“Its ok..its ok..this is demokratik world (tidak mengapa ini adalah dunia demokrasi)..mana mana pihak boleh buat apa sahaja yang mereka suka. “Tetapi sangat sedih untuk melihat..sangat sedih untuk mengatakan bahawa mereka selepas jadi kerajaan pun masih nak memilih turun ke jalan.

“So its look like they still cannot behave as government of the day (jelas kelihatan seperti mereka masih tidak boleh bersikap sebagai kerajaan sedang memerintah),” katanya ketika ditanya pemberita di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Ampang malam tadi.

Terdahulu beliau hadir menyambut Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa yang dihadiri pemimpinnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama lebih 2,000 orang pelbagai kaum di dewan sekolah tersebut.

Pagi ini Seorang pemimpin PKR memberi bayangan bahawa gerakan reformasi dan demonstrasi jalan raya akan berulang sekali lagi sekiranya pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim tidak berlaku.