TERKINI : Rayyan Radzwill Ugut Dedah Penglibatan Najib dan Rosmah – Saksi

KUALA LUMPUR – Rayyan Radzwill Abdullah didakwa pernah mengugut kepada Tan Sri Madinah Mohamad untuk mendedahkan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya kepada pembangkang dalam perolehan projek solar hibrid di Sarawak.

Madinah yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan mendakwa ia berlaku sekitar tahun 2017 hingga 2018.

Rayyan membuat ugutan itu ketika membuat gesaan kepada Madinah dan mahu bertemu Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak. Berkata kepada Mahkamah Tinggi, Madinah mendakwa Rayyan ingin merampas projek solar hibrid di sekolah luar bandar Sarawak daripada rakan kongsinya iaitu Pengarah Urusan dan Pemegang Saham Utama Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin.