Thae Yong-ho.

SEOUL – Thae Yong-ho, warga Korea Utara berprofil tinggi yang berpaling tadah berkata beliau akan menjadi calon pilihan raya Parlimen pada April ini, dengan menggunakan nama yang berlainan daripada yang tertera dalam pasport dan semua dokumen rasmi bagi mengelak dijejaki Pyongyang sejak melarikan diri pada 2016.

Thae, bekas diplomat di Kedutaan Korea Utara di London berkata, beliau mempertimbangkan untuk mendaftar nama samaran, Thae Gu-min, dan tarikh lahir palsu selepas berpaling tadah bagi menyukarkan Korea Utara menjejaki dan mencederakannya.

Bagaimanapun, setakat ini, beliau telah melakukan pelbagai aktiviti di khalayak ramai di Korea Selatan dengan menggunakan nama asalnya, lapor Yonhap.

Thea yang menyertai parti pembangkang, Liberty (LKP) pada awal bulan ini bagi menyertai pilihan raya April depan berkata, beliau cuba memfailkan pertukaran nama untuk pilihan raya itu tetapi memutuskan untuk menggunakan nama samaran kerana proses pertukaran itu mengambil masa selama tiga bulan.

“Ketika pilihan raya, saya mahu mendapatkan semula nama sebenar saya pada pendaftaran residen. Bagaimananpun mahkamah berkata ia mengambil masa selama tiga bulan, yang bermakna pertukaran nama (kepada Yong-ho) adalah mustahil sebelum April. Ia menyebabkan mengapa saya menggunakan nama yang didaftar,” kata Thae.

Menyedari nama yang diguna bermakna menyelamatkan nyawa, Thae berkata, beliau ‘akan berhadapan cabaran dengan penuh keyakinan ketika mempercayai kerajaan walaupun menemui kesukaran dalam menjamin keselamatannya’.

“Saya berharap usaha saya untuk berkhidmat sebagai asas kepada keamanan dan penyatuan Semenanjung Korea dan pertumbuhan kemakmuran komuniti kami,” tambah beliau. – Agensi