Kapal Diamond Princess

KUALA LUMPUR – Dua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Diamond Princess disahkan positif Covid-19.

Manakala dua lagi pula masih menunggu keputusan ujian saringan yang dijalankan di atas kapal tersebut.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua mereka yang positif itu sedang menerima rawatan di Jepun.

Menurutnya, jumlah penumpang kapal yang sedang dikuarantinkan meningkat melebihi 400 orang.

Setakat ini, seramai 455 orang penumpang di atas kapal berkenaan sudah disahkan positif dengan koronavirus baru itu.
– MalaysiaGazette