Ashraf Sinclair

KUALA LUMPUR – Iklan Petronas bertajuk Kasut Gombak pasti kini menjadi sejarah kerana telah mempopularkan Allahyarham Ashraf Sinclair.

Iklan Pengumuman Perkhidmatan Awam (PSA) itu adalah sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan negara ke-41 pada tahun 1998.

“Apa salahnya kasut saya buatan Gombak”, dialogr Ashraf kepada gadis di sebelahnya iaitu pelakon Vanida Imran yang turut menggayakan kasut buatan Gombak.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu merupakan mesej kepada rakyat Malaysia mengenai barang buatan tempatan juga setanding dengan barang antarabangsa.

Iklan yang telah diterbitkan 22 tahun dahulu itu adalah hasil terbitan pertama Allahyarham Yasmin Ahmad sebagai seorang pengarah sebelum beralih ke industri filem.

Ashraf, 41, meninggal dunia akibat serangan jantung pada awal pagi ini di Jakarta, Indonesia.

Allahyarham meninggalkan isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah yang berusia 10 tahun. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Ashraf Sinclair meninggal dunia