Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bergambar kenangan bersama pelajar pada Majlis Pelancaran Tahun Kedua Projek Reben Kuning di Spaceribix Puchong, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 FEBRUARI 2020

PUCHONG – Seramai 24,234 golongan muda dan belia telah mendapat manfaat daripada Projek Reben Kuning yang diperkenalkan sepanjang tahun 2019.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, ia melibatkan lebih 200 belia berisiko yang meliputi bekas tahanan, bekas banduan, Orang Diselia (ODS) dan pelatih Sekolah Henry Gurney.

Beliau berkata, mereka telah dibantu untuk membina kehidupan yang lebih baik selepas menjalani hukuman kelak.

“Golongan belia berisiko ini perlu dibantu untuk bangkit semula walaupun mereka pernah buat kesilapan.

“Peluang kedua perlu diberikan untuk mereka bergerak kehadapan yang turut mendapat kerjasama pelbagai pihak dalam mereleasikan Projek Reben Kuning ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Reben Kuning dan Majlis Pelancaran Tahun Kedua Projek Reben Kuning 2020 di sini hari ini.

 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beramah mesra bersama pelajar pada Majlis Pelancaran Tahun Kedua Projek Reben Kuning di Spaceribix Puchong, Selangor. foto IQBAL BASRI, 18 FEBRUARI 2020

Projek Reben Kuning dilancarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Jabatan Penjara tahun lalu dengan tujuan memberi peluang kedua kepada bekas penghuni penjara dan sekolah pemulihan akhlak terutama daripada golongan belia.

Projek itu digerakkan oleh lima kluster iaitu Kluster Kemahiran, Kluster Sukan, Kluster Entrepreneurship, Kluster Kebolehpasaran dan Kluster Kempen Kesedaran.

Ia bertujuan untuk memberi peluang kedua kepada golongan terpinggir ini melalui platform kemahiran, sukan dan entrepreneur agar mereka boleh kembali ke pangkuan masyarakat dengan kehidupan yang lebih baik yang selari dengan usaha Dasar Belia Malaysia untuk memperkukuhkan potensi dan menyerlahkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara.

Syed Saddiq menambah, bagi tahun kedua Projek Reben Kuning, KBS mengambil langkah dengan mengketengahkan tujuh inisiatif baru iaitu pembinaan sahsiah dan jati diri dalam kalangan peserta, latihan intensif kemahiran dan latihan intensif keusahawanan.

Inisiatif lain katanya, peluang pekerjaan melalui sukan, pencapaian kerja program, advokasi sistem sokongan masyarakat dan 12 pelan strategi promosi Projek Reben Kuning.

“KBS merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang telah bersama-sama menjayakan program pertama tahun ini antara KDN, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Kemahiran Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Persekutuan Kebangsaan Pekerja Belia, Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran, Malaysian Resources Corporation Berhad , Syarikat MKRS Group Sdn Bhd, Adiratna Wealth Resources dan rakan strategik yang terlibat dalam kerjasama yang telah diberikan.

“KBS merakamkan penghargaan kepada pelbagal pihak yang menyertai  tahun pertama program ini antara lain Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Persekutuan Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB), Pertubuhan Kebangsaan Pekerja-pekerja Berkelahiran (PKPB), Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Syarikat MKRS Group Sdn Bhd, Sumber Kekayaan Adiratna dan rakan strategik yang terlibat dalam kerjasama yang telah diberikan.

“KBS menyeru kepada pihak industri, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang awam untuk tampil dan bergerak bersama-sama dengan pihak Kerajaan untuk membantu dan bersama-sama menggalas tanggungjawab sosial untuk memberikan sinar dan peluang kedia kepada mereka yang telah membuat kesilapan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.