TERKINI : Koperasi Jangan Kutip Wang Ahli Untuk Bayar Dividen – Datuk Seri Mohd Redzuan

Pertubuhan gerakan koperasi diingatkan agar tidak menjadikan kutipan kewangan daripada ahli sebagai bayaran dividen.

Sebaliknya, setiap koperasi perlu menjana perniagaan yang boleh mengembangkan keuntungan untuk dijadikan pulangan kepada pelabur dalam kalangan ahli koperasi, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.

Beliau berkata, terdapat beberapa koperasi yang mengumpulkan dana untuk mewujudkan saham tetapi aktiviti perniagaannya berkurangan namun tetap mahu membayar dividen.