Sterling

LONDON – Raheem Sterling memuji Real Madrid sebagai kelab bola sepak hebat di Eropah.

Bagaimanapun pemain itu menyatakan beliau gembira bersama Manchester City dan tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab tersebut.

Sterling 25 dikaitkan dengan penghijrahan ke Santiago Bernabeu ekoran penggantungan Manchester City selama dua tahun daripada mengambil bahagian dalam aktiviti bola sepak peringkat Eropah.

“Kini saya bersama City dan saya gembira di sini. Tapi Real Madrid kelab hebat dalam bola sepak.

“Apabila kamu lihat jersi putih kamu sudah boleh jangkakan kelab yang diwakilinya..pengaruhnya kuat di serata dunia.

“Tapi saya terikat dengan kontrak di Etihad dan perlu menghormatinya,” kata Sterling.

City akan bertemu Real pada pusingan kalah mati pertama Liga Juara Juara Eropah pada 17 Mac ini.

The Galacticos memiliki 13 kejuaraan Eropah dalam sejarah kelab itu dan trebel di bawah kendalian Zinedine Zidane dari 2016 hingga 2018.

“Saya rasa menang gelaran Liga Juara Eropah banyak kali khususnya tiga kali berturut-turut adalah bukan senang,” katanya merujuk kepada Zidane. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast