Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tahun 2020 mungkin akan lebih mencabar bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri berkata, ini kerana penularan Covid-19 sudah pun memberi kesan kelembapan kepada pertumbuhan dunia.

Malah, perang perdagangan antara China-Amerika Syarikat masih belum nampak akan ada penghujungnya, sekali gus merupakan antara risiko kepada pemulihan ekonomi dunia.

Beliau menaruh harapan pasaran domestik akan terus daya tahan, khususnya dengan pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan oleh kerajaan bagi membantu menyokong pelabur dan sentimen pengguna.

“Untuk tahun 2020 dan tahun-tahun akan datang, kami akan terus memberi tumpuan kepada penyampaian bukan sahaja
dividen kewangan, tetapi juga tanggungjawab kami untuk memberikan dividen sosial kepada ahli-ahli.

“Kami mahukan ahli-ahli diperkasakan dengan ilmu dan kemahiran supaya mereka hidup boleh menjalani kehidupan masa depan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam kenyataan prestasi KWSP, Alizakri berkata, pelaburan keseluruhan Simpanan Konvensional berjumlah RM924.75 bilion sehingga 31 Disember 2019, yang mana 37% dilaburkan dalam portfolio Syariah dan 63% dalam portfolio Konvensional.

Bagi 2019, KWSP melaporkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM50.29 bilion, dengan dua pertiganya dijana daripada kadar faedah yang stabil.

Pembayaran dividen KWSP diperoleh daripada jumlah pendapatan kadar direalisasikan untuk tahun lalu, selepas menolak penurunan rosot nilai dalam aset-aset kewangan, kerugian direalisasikan daripada ekuiti tersenarai, keuntungan tidak direalisasi atau kerugian daripada transaksi antara syarikat, perbelanjaan pelaburan, operasi perbelanjaan, caj statutori dan juga dividen ke atas pengeluaran.

Jumlah pembayaran yang diperlukan untuk setiap 1.00% daripada dividen pada tahun 2019 untuk Simpanan
Konvensional ialah RM7.65 bilion berbanding RM6.99 bilion pada 2018.

Dari jumlah aset pelaburan, 49% telah diperuntukkan kepada instrumen pendapatan tetap untuk tujuan perlindungan modal.

Manakala peruntukan untuk ekuiti, bagi tujuan peningkatan modal sebanyak 39% manakala iInstrumen pasaran wang untuk pengurusan pemeliharaan modal dan kecairan terdiri daripada 7%, sementara hartanah dan infrastruktur untuk pemeliharaan modal dan tujuan peningkatan modal sebanyak 5%.

Ekuiti masih kekal menjadi penyumbang utama kepada pendapatan iaitu 47% kepada RM21.49 bilion berbanding RM26.66 billion pada tahun 2018.

Instrumen pendapatan tetap menyediakan ukuran kestabilan pendapatan dalam persekitaran yang tidak menentu tahun 2019 dan seperti yang diharapkan, pendapatan dari keuntungan modal meningkat dipacu oleh hasil pasaran yang lebih rendah.

Pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap yang terdiri daripada sekuriti dan berkaitan serta pinjaman dan bon Kerajaan Malaysia, menyumbang sebanyak 43% atau RM19.60 bilion, berbanding RM16.64 bilion pada tahun 2018.

Hartanah dan infrastruktur menyumbang RM3.03 bilion atau 6% kepada pendapatan pelaburan pada 2019, manakala Instrumen Pasaran Wang menyumbang RM1.70 bilion atau 4% kepada pendapatan pelaburan sepanjang tahun.

Bagi Simpanan Syariah pula jumlah aset KWSP berjumlah RM924.75 bilion pada 31 Disember 2019, yang mana pegangan KWSP di seluruh kelas aset dan portfolio Syariah dan Konvensional berada pada 30.3% dan menyumbang 41.0% kepada pendapatan pelaburan kasar keseluruhan.

Sementara itu, pengurus dana luar menguruskan 14.4% daripada jumlah dana dan menyumbang 18.3% kepada keseluruhan pendapatan pelaburan kasar.

Bagi tahun 2019, pendapatan pelaburan kasar KWSP dari pelaburan Syariahnya adalah RM17.88 bilion, dengan satu perempat daripada ini disebabkan Simpanan Syariah dan selebihnya dikaitkan dengan Simpanan Konvensional.

Amaun pembayaran yang diperlukan bagi setiap 1.00% dividen pada 2019 adalah RM0.83 bilion, berbanding RM0.73 bilion pada 2018.

Dari jumlah aset pelaburan, 37% telah dilaburkan dalam portfolio Syariah dan daripadanya, 47% diperuntukkan kepada instrumen pendapatan tetap untuk tujuan pemeliharaan modal.

Peruntukan ekuiti untuk tujuan peningkatan modal adalah 42% manakala instrumen pasaran wang untuk perlindungan modal dan pengurusan mudah tunai terdiri daripada 8% dan perlindungan modal hartanah dan infrastruktur untuk perlindungan modal dan tujuan peningkatan modal 3%.

Memandangkan tahun 2019 adalah tahun yang baik untuk instrumen pendapatan tetap Syariah, yang memberikan
kestabilan pendapatan dalam persekitaran yang tidak menentu, pendapatannya daripada peningkatan modal naik disumbangkan oleh hasil yang lebih rendah.

Pendapatan pelaburan bagi Simpanan Syariah dalam instrumen pendapatan tetap yang terdiri daripada Sekuriti Kerajaan & berkaitan serta pinjaman & bon, secara keseluruhannya menyumbang 47%, atau RM2.10 bilion berbanding RM1.75 bilion pada 2018.

Bagi tahun yang ditinjau, ekuiti menyumbang 45% kepada pendapatan pelaburan Simpanan Syariah berjumlah RM1.99 bilion berbanding RM2.63 bilion pada 2018.

Instrumen pasaran wang pula menyumbang RM0.24 bilion atau 5% dalam pendapatan pelaburan Simpanan Syariah bagi pada 2019, manakala hartanah dan infrastruktur pula menjana RM0.14 bilion atau 3% kepada pendapatan pelaburan Syariah Simpanan pada tahun 2019. – MalaysiaGazette