Peserta-peserta demonstrasi aman yang hadir pada Himpunan Kuasa Rakyat #22022020 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 FEBRUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Penganjur Himpunan 220220 oleh Pertubuhan Gabungan Kuasa Rakyat tidak kisah berhubung isu peralihan kuasa yang berlaku di dalam parti-parti politik kerajaan.

Sebaliknya, pertubuhan itu menuntut kerajaan mendengar rintihan rakyat yang terbeban dengan pelbagai masalah.

Jurucakapnya Mohamad Nazrin Norani berkata, gabungan itu bukanlah sebuah pertubuhan politik dan matlamat perjuangannya mahu menyampaikan suara rakyat.

“Kita di sini adalah sebagai kuasa rakyat, kita bukan ahli politik. Tugas politik kita serahkan kepada orang politik, cumanya ambil kira suara akar umbi, rakyat. kemudian barulah buat tindakan.

Peserta-peserta demonstrasi aman yang hadir pada Himpunan Kuasa Rakyat #22022020 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 FEBRUARI 2020.

“Kita tidak kisah siapa jadi kerajaan biarpun daripada kerajaan sekarang atau tiba-tiba pembangkang jadi kerajaan. Kita akan terus sampaikan kuasa rakyat.

“Ketika rakyat susah, tertekan, dizalimi, maka kita akan sampaikan suara mereka, kita bukan ahli politik,” katanya ketika ditemui selepas selepas himpunan berkenaan yang berlangsung di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Tambah beliau, pertubuhan itu juga tidak kisah sekiranya terdapat kem-kem tertentu yang menyokong mana-mana ahli politik asalkan perjuangan membela nasib rakyat ada dalam diri mereka. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tahniah kepada penganjur. Anda telah berjaya. Peringatan untuk pemimpin, jangan ikut sesuka hati, sehingga tidak memperdulikan keadaan rakyat setelah mendapat kuasa dari sokongan rakyat. Bagi hadirin yang turut menjayakan perhimpunan ini, syabas!!!! Anda telah laksanakan yang terbaik sebagai kritikan yang jelas dan nyata.

  2. Membubar parlimen adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan perebutan kuasa di Malaysia. Pilihanraya semula adalah lebih gentleman. Rakyat juga berharap Muafakat Nasional menang bergaya. Kemenangan itu akan dilihat oleh masyarakat dunia dengan lebih hormat dan demokratik. Kerajaan pintu belakang akan dilihat sebagai suatu konspirasi politik. Cukup sajalah dengan konspirasi yang telah menjatuhkan DSN dan Barisan Nasional.Harap-harap Agong akan membuat pilihan yang tepat yang akan menyenangkan hati rakyat. Rakyat tidak mahu lihat demonstrasi jalan yang boleh menghuru-harakan negara dan menyusahkan rakyat.

Comments are closed.