Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan menerima bahana ke atas tindakan Peguam Negara menamatkan prosiding jenayah terhadap 12 orang tertuduh yang menghadapi dakwaan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, ini kerana tindakan Tan Sri Tommy Thomas itu akan menghakis dengan serius keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Malah, katanya, kebencian rakyat kepada kerajaan juga meningkat.

“Pengguguran kes terhadap 12 yg didakwa berkaitan LTTE terus menghakis dgn seriusnya KEYAKINAN RAKYAT…PH TERIMA BAHANA TINDAKAN AG..kebencian meningkat,” katanya menerusi Twitter.

Dalam kenyataannya semalam, Tommy berkata, keputusan tersebut dibuat menggunakan budi bicara Peguam Negara sejajar dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya telah putuskan tiada prospek yang jelas bagi sabitan mana-mana daripada 12 individu terhadap mana-mana 34 pertuduhan,” katanya dalam kenyataan panjang lebar. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Tommy thomes ni dah gila agaknya .. mmg nak menghsncurkan negara .. tunggu je lah PRU15 nanti , kau tahu lsh nadib kau nanti ..
    Atok mshadhir pun bahalol lantik pengkianat negara jd PEGUAM NEGARA .

  2. AG pun nak jadi Menteri juga..Cuba Atuk lantik dia jadi TPM tentu penyokong PH lagi suka terutamanya puak LTTE..hahaha…

Comments are closed.