SERI KEMBANGAN – Timbalan Presiden PKR yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memasuki kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebentar tadi.
Azmin yang menaiki kenderaan rasmi kerajaan bernombor pendaftaran VCH99 tiba di perkarangan kediaman Dr Mahathir jam 2.43 petang.
Berada di belakang Azmin adalah kenderaan rasmi yang dipercayai kepunyaan Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida menaiki kenderaan rasmi kerajaan bernombor pendaftaran VCH9.
Kenderaan menteri ketiga dipercayai milik Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Baru menaiki kenderaan rasmi menteri dengan nombor pendaftaran W5R.
Azmin dan Zuraida sebelum itu dipecat sebagai anggota parti berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tindakan drastik itu diambil kerana tindakan kedua-dua individu berkenaan pada Ahad dianggap satu pengkhianatan terbuka dan mampu menjejaskan kestabilan Pakatan Harapan (PH). -MalaysiaGazette
Nak buat apa jumpa PM? Dah lebur…