Eden Hazard

MADRID – Penyerang Real Madrid, Eden Hazard berdepan mimpi ngeri apabila disahkan patah buku lali.

Bekas pemain Chelsea itu mengalami patah buku lali ketika Madrid tumpas 0-1 kepada Lavante pada Sabtu lalu.

Pemain antarabangsa Belgium itu bakal terlepas aksi Liga Juara-Juara berdepan Manchester City dan perlawanan Clasico Ahad depan.

Hazard menjalani ujian kecederaan pada semalam dan Madrid mengesahkan tulang di bahagian buku lali kanannya patah.

Menurut kelab itu dalam satu kenyataan, ujian yang dilakukan ke atas Hazard menunjukkan tulang di bahagian buku lali kanannya patah dan proses pemulihannya akan terus dipantau.

Real tidak memaklunkan tempoh berapa lama mereka menjangkakan Hazard akan direhatkan.

Namun media di Sepanyol melaporkan pemain berkenaan bakal berehat selama dua bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast