Pemimpin yang hadir dalam makan malam Muafakat Nasional d Hotel Sheraton Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dalam ciapan terbaharu di laman Twitter menulis, mandat rakyat tidak mengenal siapa.

Katanya, mandat rakyat mahukan negara diselamatkan dari pemimpin yang ada kepentingan diri sebab itu Pakatan Harapan diberi kepercayaan.

Beliau kemudian menyambung ciapan dengan berkata, mandat hanya berubah dalam pilihan raya umum dan bukannya pertemuan di Hotel Sheraton menghitung kerusi sambil makan malam.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu turut memuat naik gambar makan malam Muafakat Nasional Ahli-Ahli Parlimen yang berlangsung d Hotel Sheraton Petaling Jaya yang menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali duduk semeja dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Zuraida Kamaruddin.

Semalam berlangsung di hotel yang sama mesyuarat para pemimpin PKR yang turut dihadiri oleh pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diakhir dengan majlis makan malam.

Turut mengadakan mesyuarat tergempar semalam adalah UMNO, Pas, GPS dan Bersatu di mana para pemimpin parti berkenaan dikatakan merencanakan pembentukan kerajaan baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast