Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Perdana Putra selepas dilaporkan bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anwar yang disahkan telah berada di Perdana Putra meninggalkan bangunan itu pada pukul 12.35 tengahari.

Timbalan Presiden PKR yang dipecat, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih berada di Perdana Putra.

Dipercayai Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah. – MalaysiaGazette