KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki bersama beberapa individu terperangkap di dalam sebuah lif di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, malam tadi.

Beliau yang dipercayai baharu sahaja turun dari pejabat pergerakan itu  terperangkap kira-kira sejam di dalam lif berkenaan meskipun telah tiba di lobi bangunan.

Pihak bomba telah dipanggil bagi mendapatkan bantuan namun begitu usaha beberapa ahli UMNO yang cuba membuka pintu lif berkenaan berhasil pada sekitar jam 10 malam.

Kru MalaysiaGazette yang kebetulan berada di lobi pada ketika itu berjaya merakam wajah gembira dan lega Asyraf bersama rakan-rakannya.

Kesemuanya berada di dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.-MalaysiaGazette