DeSlim merupakan produk yang unik dan yang pertama menggunakan formula 3 In 1 dalam menyelesaikan masalah penghadaman manusia.

KUALA LUMPUR – DeSlim Malaysia (DeSlim), pembekal produk DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber yakin dapat mencapai jualan produk kesihatan itu sebanyak RM5 juta sepanjang tahun ini.

Ketua Wakil Perniagaannya, Lee Hui Ling berkata, pihaknya menetapkan sasaran itu berdasarkan sambutan hebat yang bakal diterima seperti di negara-negara lain sebelum ini.

Menurut beliau, ini kerana DeSlim adalah produk yang unik dan merupakan yang pertama menggunakan formula 3 In 1 dalam menyelesaikan masalah penghadaman manusia.

“DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber satu-satu produk yang memiliki tiga kandungan utama iaitu probiotik, prebiotik dan fiber dengan paten teknologi microkapsul.

“Sebelum ini di pasaran, kita hanya boleh mendapatkan produk penjagaan usus yang mengandungi paling banyak dua bahan utama sama ada prebiotic dan fiber dan sebaliknya.

“Ianya produk yang unik dan baharu dalam pasaran di negara ini namun popular di negara luar. Malah produk ini juga sesuai untuk semua lapisan umur dan mudah dibawa ke mana mana sahaja dan memiliki ramai testimoni yang mengakui keberkesannya,” katanya.

DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber memiliki tiga kandungan utama iaitu probiotik, prebiotik dan fiber dengan paten teknologi microkapsul.

DeSlim mengambil langkah berani untuk memasarkan DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber ke negara ini selepas melihat sambutan hebat yang diterima di negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Singapura, Korea, Indonesia, Myamar, Filipina dan Thailand.

Produk yang dipatenkan di Singapura dan dihasilkan di Malaysia itu dicipta untuk membantu melindungi sistem penghadaman, melawaskan usus, menggurangkan simptom sembelit dan cirit-birit serta menguatkan sistem imun badan.

Lebih menarik, produk ini memiliki Sijil Halal dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia serta pensijilan lain seperti GMP, HACCP, Mesti dan SGS selain mendapat pengiktirafan pelbagai anugerah di luar negara.

Mengulas lanjut, Hui Ling memberitahu DeSlim akan bergerak secara agresif sepanjang tahun ini dalam mempromosi dan memberi kesedaran kepada orang ramai termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan penjenamaan di media sosial, cetak dan televisyen, dengan aktiviti jelajah dalam usaha memberi kefahaman tentang penjagaan usus yang betul. Usus yang bersih dan sihat dapat mencegah daripada kanser, masalah kulit kusam, masalah berat badan dan jerawat.

DeSlim telah mendapat sambutan hebat di negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Singapura, Korea, Indonesia, Myamar, Filipina dan Thailand.

“Hari ini kita tidak boleh menafikan ramai yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar namun malu untuk ke depan berkongsi masalah dan membiarkan ianya berlarutan.

“Justeru DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber dapat membantu mencuci dan mengembalikan usus seperti bayi untuk melancarkan sistem penghadaman secara teratur dan semula jadi” katanya.

Sementara itu, harga sekotak DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber adalah RM118 namun pengguna disarankan mengambil pakej selama sebulan yang berharga RM328 bagi mendapat kesan yang lebih efektif.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 012-292 3161. – MalaysiaGazette