Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi ruang untuk mempelopori cantuman politik Melayu Bumiputera yang baru.

Tan Sri Rais Yatim berkata, perjuangan berdasarkan majoriti Melayu Bumiputera kini adalah satu kemestian setelah melihat gelagat dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang tidak menentu.

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan berkata, ini kerana kemajmukan dalam Pakatan Harapan hanya sibuk dengan isu Perdana Menteri kelapan.

Sedangkan, katanya, kepentingan Melayu lebih daripada sebagai kaum majoriti. – MalaysiaGazette