Muafakat Nasional yang terdiri daripada Barisan Nasional, Pas dan semua komponen menolak cadangan kerajaan perpaduan dan mahu rakyat membuat keputusan kerajaan yang mereka mahukan menerusi pilihan raya umum.
Para pemimpin blok pembangkang menyifatkan krisis kepimpinan yang melanda sekarang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri semata-mata kerana kemelut yang melanda gabungan Pakatan Harapan.