Khairul Azam Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau lebih dikenali ‘Buzze Azam’ didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Buzze didakwa atas kesalahan membuat kenyataan terbuka mengapi-apikankan orang Melayu terhadap kaum Cina dan India melalui aplikasi Facebook, bulan lalu.

Bagaimanapun, ketika dibacakan pertuduhan tersebut dibacakan dihadapan Majistret Wong Cjao Sia, Khairul Azam tenang sambil mengaku tidak bersalah dan mahu dibicarakan.

Khairul Azam yang juga merupakan Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) didakwa menggunakan profil ‘BUZZE AZAM MALAYSIA’ mengapikan orang Melayu melakukan sesuatu kesalahan terhadap bangsa Cina dan India pada 5.39 petang, 14 Januari lepas.

Kesalahan dilakukan Buzze mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria berhujah menyatakan kesalahan dilakukan oleh Buzze sebenarnya serius lagi-lagi dengan keadaan politik pada masa kini yang sentiasa tegang.

Beliau kemudian memberikan cadangan supaya
jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan, selain pasport turut diserahkan kepada mahkamah.

“Kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius, mengambil kira suasana politik hari ini.

“Kenyataan yang dikeluarkan tertuduh sebenarnya boleh menyebabkan berlakunya keadaan ketegangan serta perbalahan antara kaum. Sesuatu yang sungguh serius,” hujahnya.

Namun peguam mewakili Buzze, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar memohon jaminan yang rendah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak setiap bulan.

Pasportnya juga perlu diserahkan kepada mahkamah.

Majistret menetapkan 26 Mac ini untuk perbicaraan kes. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. KENA KAT MELAYU MACAM2 NAK DAKWA..KENA BANGSA KAPIAQ HARBI PH ABES SEMUA D LEPAS N BEBAS…MEMANG ANAK HARAM BABI SEJAK MP2 PH DARI DAP KOMUNIS,PAN SYIAH,PKR JUBOQ N PPBM MUNAFIK…

Comments are closed.