Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. foto Bernama.

KUALA LUMPUR – Sultan Johor Sultan Ibrahim berpuas hati dengan gabungan parti baharu yang ditubuhkan di negeri itu yang mana telah mendapat sokongan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding Pakatan Harapan yang mendapat sokongan daripada 26 ADUN sahaja.

Menurut Setiausaha Sulit baginda, Datuk Jaba Mohd Noah, Sultan Ibrahim sebelum itu telah memanggil 56 ADUN untuk ditemubual, semalam.

Daripada jumlah tersebut dua ADUN iaitu Simpang Jeram dan Puteri Wangsa tidak dapat menghadirkan diri dalam sesi yang berlangsung selama dua jam di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

“Oleh yang demikian, gabungan parti baharu berhak untuk membentuk kerajaan dan mereka berhak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar sebelum susunan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu dilantik.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku berharap agar pentadbiran kerajaan Negeri Johor segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat Johor Darul Takzim,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

– MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Alhamdulillah, segala-galanya telah berlansung pada kadar cepat dan semua pihak puas. This is what we call good leadership. Tidak menyusahkan rakyat. Di peringkat Federal pula lain cerita. Versi cerita berubah setiap saat. Hal keadaan ini meresah dan membebankan rakyat.

  2. Hamik ko. Korang x berani kan angkat muka dgn Sultan Johor? Yg kutuk2 kesultanan Melayu tu patut hadapkan jer kpd Baginda atau TMJ. Bg ajar sikit.

  3. Agak agak kalau lah ~° seluruh negeri mengunakan cara sebagaimana yang telah dilakukan oleh negeri johor iaitu memanggil semua Adun mengadap Sultan/Raja/Yang di-Pertua Negeri yang kemudiannya setiap daripada mereka akan membuat keputusan dan memilih sama ada ingin berada didalam pentadbiran yang sedia ada ataupun parti gabungan baru. Semua undi yang telah didapati daripada pertemuan itu hendaklah dirahsiakan yang kemudiannya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Setelah Yang di-Pertuan Agong mendapat semua “vote” daripada seluruh negeri, Yang di-Pertuan Agong akan mengistiharkan keputusan ~ parti yang manakah yang akan meneraju pentadbiran bagi setiap negeri yang berkenaan juga memutuskan parti yang manakah akan menbentuk kerajaan berdasarkan “vote” tersebut. Maka segala teka-teki, desas desus,spekulasi,pintu belakang dapat diselesaikan secara “one off” dan menutup semua persoalan supaya kita semua dapat meneruskan urusan seharian seperti sedia kala aman dan damai. Amin.

Comments are closed.