Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bercakap kepada media selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Parlimen Kimanis di Kamar Khas Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 27 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof meminta semua pihak bersabar dengan perkembangan situasi politik negara ketika ini.

Beliau berkata, Parlimen akan sentiasa memaklumkan informasi terkini jika mendapat maklumat jelas dalam masa terdekat ini.

Namun jelas beliau, Persidangan Dewan Rakyat yang akan berlangsung pada 9 Mac ini tidak terganggu dan bakal berjalan seperti biasa.

“Nantilah saya pun tidak tahu apa yang berlaku. Sabar sikit dan dalam masa terdekat ia akan jadi jelas dan jika saya ada maklumat, perjalanan Parlimen akan beritahu.

“Tetapi dari segi prosedur dan persediaan seperti biasa,” katanya.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin di Kamar Khas di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kedudukan kerusi Ahli Dewan Rakyat jika Parlimen tidak dibubarkan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kerajaan pusat kena ikut cara kerajaan negeri kedah.

    Tubuhkan kerajaan Pakatan harapan – Bersatu.

    Meloponglah si azmin yg nak cuba jatuhkan anwar.

  2. Kerajaan Persekutuan isu berbeza iaitu persaingan siapa ingin jadi PM. Tun Mahathir sudah pasti ingin jadi PM sehingga habis penggal manakala mesti tidak mahu jadi PM tepi selamanya. Formula hang itu hanya terpakai apabila salah seorang mengalah. Buat masa sekarang tidak berlaku.

  3. X lama tuan speaker pon hilang jawatan la…. Minta serah sgt.. Terus atok letak jawatan… Baru kalut nak sokong atok puak2 gila kuasa ni… Baru ade akal

Comments are closed.