Isteri Perdana Menteri Interim, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali memberikan gula-gula kepada pengamal media yang sedang bertugas ketika memasuki Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 27 FEBRUARI 2020

PUTRAJAYA – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dilihat memasuki bangunan Perdana Putra di sini hari ini tepat jam 10 pagi.

Isteri kepada Perdana Menteri Interim itu dilihat datang seorang diri dengan ditemani seorang pemandu dan pegawai pengiring.

Prihatin dengan kesungguhan media yang berkampung di perkarangan pintu masuk Perdana Putra, Dr Siti Hasmah turut memberikan wartawan dan pengamal media dengan memberikan coklat KitKat.

“Ambil…mari ambil,” katanya katanya sambil menghulurkan sebekas coklat.

Ditanya mengenai kesihatan dirinya, Dr Siti berkata, beliau dalam keadaan yang sihat.

“Alhamdulillah sihat,”katanya.

Dalam pada itu, Dr Siti Hasmah turut menasihati pengamal media dan wartawan yang membuat liputan sejak Isnin supaya menjaga kesihatan masing-masing.

“Jaga diri ya,” katanya tersenyum. – MalaysiaGazette