HOUSTON – Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas seorang remaja tertembaknya ketika berselfie sambil memegang pistol.

Caitlyn Smith tertembak ke arah perut mangsa.

Smith adalah makcik kepada kanak-kanak berkenaan.

“Remaja perempuan memaklumkan bagaimana dia memegang senjata.

“Malah, dia tidak menyedari pun pistol berkenaan berisi peluru, sambil merakam gambar dan ketika itu dia tertembak mangsa,” tambahnya.

Polis berkata, kanak-kanak itu cedera parah tetapi dijangka pulih memandangkan tembakan yang terkena tersasar daripada bahagian penting perut,” kata polis.

Siasatan yang dijalankan mendapati senjata api itu telah disimpan secara tidak selamat di dalam rumah. – MalaysiaGazette