Muhyiddin mendapat mandat dan sokongan penuh MPT Bersatu sebagai PM kelapan.

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sah menjadi perdana menteri kelapan hari ini.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada pukul 10.45 pagi.

Istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia sebagai perdana menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini kira-kira 10.33 pagi.

Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri interim setelah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh pada 24 Februari lepas.

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar dari pintu 1, Istana Negara pukul 12.08 tengahari dengan diikuti beberapa kenderaan pengiring.

Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik akhirnya Malaysia menyaksikan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Majlis berkenaan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad Isnin lalu sehingga mencetuskan krisis politik tanah air hingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa dan berlaku perubahan gabungan dalam parti-parti politik. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ada natizen yang saran supaya Dr Shafee Abdullah dilantik menjadi AG yang baru.

    Difahamkan banyak kes2 tertunggak seperti kes pembunuhan Allahyarham M Adib yang masih belum selesai.

    Difahamkan juga Dr Shafee telah banyak menyelesai kes2 yang rumit! Harap ianya membantu.

Comments are closed.